siapa cikgu??
dialah insan pertama yang mengajar kita erti
A B C D...Z
1 2 3 4
yang pada mulanya tidak kita kenali
yang pada mulanya begitu asing bagi kita
namun cikgu
bersemangat waja dan begitu gentar
mendidik dan mengajar kita
supaya mampu membaca,menulis dan mengira seperti hari ini
murninya tugas seorang guru itu
walaupun mereka tidak menggenggam senjata
ke medan perang
namun
mereke sanggup berkorban masa dan tenaga
demi anak bangsa
tingginya pengorbanan mereka
tidak mampu diganti mahupun dibalas dengan wang ringgit
bagi seorang guru
tiada yang lebih bermakna
selain dari melihat anak didiknya
menjadi seorang insan yang berguna
(dedikasi buat insan yang bergelar PENDIDIK)
setiap tahun bila tibanya 16 MEI,pasti kita semua akan ternanti-untuk membelikan hadiah buat cikgu yang kita sayang bagi menghargai mereka.Namun bagi mereka,bukan hadiah yang diharapkan namun KEIKHLASAN hati kita..walaupun dengan TERIMA KASIH CIKGU mampu membuatkan air mata seorang guru itu menangis kerana itu menandakan kita menghargai mereka.
kita selalu kaitkan seorang guru umpama 'lilin yang membakar dirinya menerangi insan lain'
tahukah kita apa ertinya???
guru diibaratkan sebagai lilin kerana mereka tidak pernah kenal erti penat dan lelah mengajar kita.walaupun mereka memarahi kita,namun tandanya mereka sayang kita.
BUAT GURU-GURU SKPP & SAINA JUGA PARA PENSYARAH IPGKBA :
segala jasa cikgu akan dikenang selamanya.