Wednesday, December 26, 2012

sempurna itu subjektif


hye mr.blog!
akibat kemalasan diri untuk mengarang post malam ini merupakan nasihat ringkas buat diri yang kadang2 terlalu mengejar kesempurnaan dalam pelbagai aspek.Haaa!!yang paling parah sekali dalam bab mencari mr.perfect.Akibatnya sehingga saat ini tak terjumpa lagi.Bab mencari mr.perfect ni serius taw~
boleh bawa kepada kemungkaran!! #eh terlebih pulak.. boleh memudaratkan.
kerana terlalu mencari kesempurnaan,kita akan sanggup lepaskan sesuatu yang berharga tanpa kita sedar.
bila jadi nak menyesal pun tak berguna kan.
so,just a simple message for tonight :

kadang2 dalam hidup ni kita terlalu mencari kesempurnaan. Akibatnya kita tak pernah sedar kita pun bukanlah sempurna untuk mencari yang sempurna

Tuesday, December 25, 2012

Herz

ich hab' eigentlich nicht zu sagen,aber ich vermisse ihn so sehr..
hek3 ich bin heute ganz schick, oder?
huhuuhuuhuuu okay jezt bin ich schon müde,.
Also dann, bis später.
 Nacht!!
 


-aida1103-

Thursday, December 20, 2012

jika kita jatuh

hye,
tamat sudah satu semester kelas di sini.
apa maksudnya tu???
oooohhhh tidak!!!!!
maksudnya dah nak exam!!!!!!
so,hari ni semua carry marks dah ter'revealed'.
bersama-sama tu jugak lar kan ada hati ter'kecewa'.
macam kena hempap dengan batu pun ada
Air mata je tunggu masa..
buat kawan-kawan..
walaupun carry marks tu ada juga makna dan kesannya untuk result final nanti....
milkysmile dah2 jangan nangis2..buruk benor mukanya 2..
jadikan semua ni satu pengajaran
sapa yang tahu kan..
sedikit kegagalan ni ujian daripada Allah untuk buat kita sedar
dari dunia main2 kot..
Allah nak kita bangun dari mimpi indah yang tidak menjanjikan apa-apa
Allah tahu kita kuatmilkysmile..
walaupun agak pahit nak menelan..
tapi kita masih ada masa sebelum final menjengah
ha....teringat pulak ayat seorang cikgu kat sekolah dulu...

"jangan berhenti berusaha selagi jam menandakan masa menjawab dah tamat"

buat kawan2 + diri sendiri..
saat kita terasa jatuh tu adalah saat yang buat tersedar yang usaha kita selama belum cukup untuk membuahkan sebuah kejayaan.
InsyaAllah jika kita kuat berusaha..
kejayaan pasti menjadi milik kita 

milkysmile yang penting teruskan usaha !!!!!
selamat menempuh 'study week'
selamat menempuh alam persediaan.
jom kita manfaatkan seminggu ni..

nukilan  hati,
-aida1103-

Monday, December 3, 2012

perjalanan ini

hari ini aku melangkah lagi
meniti titian hari 
yang belum ku tahu mana penghujungnya.

biarpun jalan ini penuh rahsia 
namun kugagahkan jua diriku
untuk menapak dengan kecekalan di dada
biarpun arah ini penuh kesamaran.

kenapa???
kerana aku yakin
disebalik kesamaran akan ada sinar cahaya
yang menjadi penyuluh hariku
yang kadang-kadang gelap gelita.

sesungguhnya jalan yang gelap itu
adalah dugaan dan cabaran sebelum kutemui 
jalan penghujungnya.




nukilan dalam mamai
-aida1103-

Sunday, December 2, 2012

Unserer erste Klassenausflug

wo sind wir???
sind wir ins Ausland gegangen?
sind wir nach Deutschland geflogen?
Nein!!!Natürlich nicht!!

dann..wo sind wir?
jeng..jeng..jeng.......
wir sind nur in Malaysia.

Malaysia?
aber wo?
warten Sie mal bitte
ich habe noch ein Foto


jetzt wissen Sie schon,oder?
wo sind wir..
hahahaaha..letztes Mittwoch waren wir nach Genting Highland gefahren
es ist ein schöner Platz
und auch einen wunderbaren Tag :)

Das war zum ersten Mal 
Vielen Dank ENCIK HAMZAH!!!
wir hatten so viel Spaß wegen dir.. 


Für mich war es zum ersten Mal, ich solche Erfahrugen gemacht habe.
Eigentlich habe ich große Angst vor abenteurlichen Aktivitäten.

es ist gefärlich,oder?


wowww....hier verlieren wir unserem Herz.
:)

vielen Dank Freunde!!!
Ich liebe euch sehr !!!!!!!!!!!!





-aida1103-


Saturday, May 12, 2012

aku manusia itu

aku 
seorang manusia biasa
seorang hamba kepada sang pencipta alam
seorang ummat kepada kekasih Allah

YA.....!!
aku sedar tugasku diciptakan yang Maha Esa
aku dicipta agar beribadat kepadamu ya Allah
aku dicipta untuk sentiasa menyayangi ya Rasullullah
aku dicipta untuk mencintai-Mu dan kekasih-Mu
aku dicipta untuk menjadi khalifah dibumi ya Allah

namun....
aku lalai ya Allah
aku alpa ya Rabbi
aku terlalu leka
akan indahnya dunia
dengan nikmat dunia yang aku sendiri tak pasti
dengan janji-janji dunia yang sementara
 
hinggakan aku..
aku terlupa akan janji-Mu
aku terlupa akan tugasku
aku lupa juga akan janji itu

YA......!!!
janji yang kuikat sebelum ku lahir kedunia ini
janji untuk tidak melupakan-Mu
janji untuk menunaikan ibadah kepada-MU

ya Allah
betapa kejinya aku
insan yang berpaling pada janji
demi mengejar sesuatu yang tak pasti

ku tahu ya Allah
tika aku dibuai mimpi alam dunia
kau sentiasa bersamaku
tetap setia menantiku
agar aku kembali kepada-Mu

ya Allah
yang Maha Pengampun
ampunilah aku ini
hamba-Mu yang kerdil ini
hamba-Mu yang hina ini

kini satu pintaku
agar kau peliharalah hidayah yang kau kurniakan ini
janganlah sesekali engkau tutupkan
pintu hidayah ini sekali lagi

Ampunilah aku insan yang lemah ini.....
YA ALLAH
Tuhan Penguasa Alam..


nukilan kecil
-aida1103-

 





Monday, April 23, 2012

ku menanti akan hadirnya pelangi

pelangi
ciptaan Allah yang teramat indah
indah dipandang namun tidak mungkin digapai

pelangi
hadirmu tika sang hujan menyepi
mengukir senyuman dibibir tika hati sedang lara

pelangi
dimanakah engkau kini?
tahukah engkau bahawa hatiku kini sedang basah dek gerimis

pelangi
harapanku  setinggi gunung
agar kau kan hadir jua

ya..aku tahu
semua ini angkara diriku
yang kadang-kadang terlalu leka
dari mengingati sang penciptaMu

pelangi
ku rasa ku tahu
hilangmu seketika cuma
agar ku mula menghargai setiap waktu ku ada
untuk ku kenal erti sebenar kecewa
ku tahu hilangmu seketika cuma
agar nanti hadirmu membawa erti yang lebih besar

pelangi
bermula saat ini
kuberjanji akan ku mula mengorak langkah
agar kau kan muncul
lalu memunculkan kuntuman indah sang senyuman

pelangi
ketahuilah engkau
yang aku amat mengharapkanmu..



Wednesday, February 8, 2012

KISAH LALU

satu post ringkas untuk malam ni..tadi aida ada terbaca dekat wallpost FB..Post ni betul2 buat aida TERsentuh,TERkilan,TERasa,TERmenyesal..

"kadang-kadang kita tidak menghargai CINTA...kenapa?
sebab..kita belum merasai kehilangan dia...
kadang-kadang kita rasai CINTA dia,tapi masih tidak percaya,kenapa ya?
sebab kita selalu fikir negatif tentang dia...
kadang-kadang kita tidak sedar yang hati kita betul-betul menyayangi dia...kenapa ya?
sebab...kita tunjuk ego dan tak nak mengalah...
hargailah orang yang sayangkan kita
sebab....
kita akan mencarinya bila dia sudah tiada di sisi kita lagi...
menyesal pun tak guna kan?"


p/s : kadang-kadang rindu jugak kat DIA..