meniti titian hari
yang belum ku tahu mana penghujungnya.
biarpun jalan ini penuh rahsia
namun kugagahkan jua diriku
untuk menapak dengan kecekalan di dada
biarpun arah ini penuh kesamaran.
kenapa???
kerana aku yakin
disebalik kesamaran akan ada sinar cahaya
yang menjadi penyuluh hariku
yang kadang-kadang gelap gelita.
sesungguhnya jalan yang gelap itu
adalah dugaan dan cabaran sebelum kutemui
jalan penghujungnya.
nukilan dalam mamai
-aida1103-
No comments:
Post a Comment