Friday, March 1, 2013

kaktus itu

aku kagum melihat ciptaan Allah yang satu ini...
sang kaktus yang kekal hidup dalam sebuah pasu walaupun si pemiliknya
kadang2 lupa untuk menunaikan kewajipannya memberi minum buat kaktus yang dahaga...
aku kagum dengan kekentalan kaktus untuk terus hidup
walaupun kini ia hidup dlm sebuah bilik yang kadang2 tiada sinaran sang mentari...
aku kagum dengan keyakinan kaktus
sentiasa yakin ia akan hidup walaupun bilik itu bukan habitat yang sepatutnya...
aku cemburu dengan kaktus
dia ada duri2 tajam yang sentiasa melindunginya...
tapi aku mengerti yang aku hanyalah manusia 
yang ada akal yang perlu digunakan
aku harus mencari jalan penyelesaian setiap masalah
aku harus mencari duri yang bakal menjadi pelindungku
aku sedar aku bukan kaktus
tapi ciptaan Allah yang paling hebat iaitu manusia..
namun aku amat mengagumi sang kaktus..
wahai sang kaktus
aku harap kau akan terus menjadi sumber inspirasi ku
walaupun akulah pemilik yang lalai untuk menjaga mu dengan sebaiknya..





nukilan hati,
-aida1103-



p/s :
coretan saat hari terkeliru..so,terhasillah coretan yang mengarut ni..sorry kalau ada yang marah lepas baca ni sebab rasa buang masa baca sesuatu yang entah apa maksudnya.

No comments:

Post a Comment